Assalamualaikum dan Selamat Petang,
Aktiviti Petang di S2 City Park
City Park Seremban 2 sememangnya menjadi tumpuan warga Seremban yang ingin beriadah tidak kiralah sama ada bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Pengunjung yang hadir terdiri dari pelbagai golongan umur juga kaum.
City Park : Tempat Riadah Untuk Semua |
Bagi yang bosan petang-petang tu boleh lah datang ke S2 City Park ni..
Macam-macam aktiviti boleh dilakukan bukan berjogging sahaja, ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan. Antaranya:
Aktiviti Senamrobik Setiap Petang |
Setiap petang akan ada aktiviti senamrobik di City Park ini.
Ianya terbuka dan semua orang boleh turut serta tidak kira umur dan jantina. Kadang2 meriah sangat apabila dimainkan rentak lagu dangdut, hindustan, dan macam-macam lagi.. Jadi jom ramai-ramai kita meriahkan lagi suasana di sini.
Berpeluang Melihat Kura-Kura Secara Dekat |
Selain daripada itu, jika anda pergi ke tepi tasik, anda berpeluang untuk melihat banyaakkk kura-kura terdiri daripada pelbagai saiz. Jika anda bawa roti, carikkan kecil2 dan berilah pada kura-kura ini. Mereka pastinya akan berebut. Comel kan? :)
Memberi Makanan Kepada Ikan |
Yang Paling Mengagumkan.... Ikan keli. Ikan keli di sini bersaiz besar. Sangat Besar tau. Tapi bukan untuk dimakan. Sama juga, jika anda bawa roti, carikkan lah ia kecil2 dan campakkan ke dalam tasik dan anda akan dapat lihat pemandangan seperti di dalam gambar di atas di mana ikan-ikan ini akan berebut untuk mendapatkan makanan yang pengunjung beri.
Lokasi City Park Seremban 2 > https://goo.gl/maps/58BgS3iYJSN2
Lokasi Klezcar Seremban 2 > https://goo.gl/maps/Rv1869L9kSD2
Kereta Sewa Seremban 2
019 348 4000
Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24 jam)
No comments:
Post a Comment