Tuesday, June 13, 2017

PELANCARAN KAD EAZY BETA KLEZCAR


Assalammualaikum dan Selamat Petang !


/// PELANCARAN KAD EAZY BETA KLEZCAR \\\





Kad eazy BETA Klezcar telah dilancarkan hari ini.
>>14Jun 2017<<

Jom cepat-cepat dapatkannya dan nikmati ganjaran seumur hidup!


Kad eazy BETA adalah PERCUMA untuk anda.
Peringatan! Hanya pelanggan Klezcar dengan 400 Klezpoint ke atas sahaja yang layak mendapatkan kad eazy Beta dari kami.


Keistimewaan anda sebagai pemegang kad:

DISKAUN 15% untuk sewaan harian dan mingguan
DISKAUN 40% untuk 1 hari sewaan pada hari Rabu
DISKAUN 50% untuk 1 hari sewaan pada bulan harijadi



Jangan lepaskan peluang! Mari dapatkannya di ofis kami di:

NO 55, 1ST FLOOR, JALAN S2 D36, CITY CENTER, SEREMBAN 2, 70300 SEREMBAN



Kereta Sewa Seremban
019-348 4000


Tempahan www.klezcar.com | Pertanyaan 1300-88-440 (24 jam)

Monday, April 10, 2017

Aktiviti Petang Anda di S2 City Park


 Assalamualaikum dan Selamat Petang,



Aktiviti Petang di S2 City Park 

City Park Seremban 2 sememangnya menjadi tumpuan warga Seremban yang ingin beriadah tidak kiralah sama ada bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Pengunjung yang hadir terdiri dari pelbagai golongan umur juga kaum.

City Park : Tempat Riadah Untuk Semua

Bagi yang bosan petang-petang tu boleh lah datang ke S2 City Park ni.. 
Macam-macam aktiviti boleh dilakukan bukan berjogging sahaja, ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan. Antaranya: 

Aktiviti Senamrobik Setiap Petang

Setiap petang akan ada aktiviti senamrobik di City Park ini. 
Ianya terbuka dan semua orang boleh turut serta tidak kira umur dan jantina. Kadang2 meriah sangat apabila dimainkan rentak lagu dangdut, hindustan, dan macam-macam lagi.. Jadi jom ramai-ramai kita meriahkan lagi suasana di sini.

Berpeluang Melihat Kura-Kura Secara Dekat
Selain daripada itu, jika anda pergi ke tepi tasik, anda berpeluang untuk melihat banyaakkk kura-kura terdiri daripada pelbagai saiz. Jika anda bawa roti, carikkan kecil2 dan berilah pada kura-kura ini. Mereka pastinya akan berebut. Comel kan? :)

Memberi Makanan Kepada Ikan

Yang Paling Mengagumkan.... Ikan keli. Ikan keli di sini bersaiz besar. Sangat Besar tau. Tapi bukan untuk dimakan. Sama juga, jika anda bawa roti, carikkan lah ia kecil2 dan campakkan ke dalam tasik dan anda akan dapat lihat pemandangan seperti di dalam gambar di atas di mana ikan-ikan ini akan berebut untuk mendapatkan makanan yang pengunjung beri. 


Lokasi City Park  Seremban 2 > https://goo.gl/maps/58BgS3iYJSN2
Lokasi Klezcar Seremban 2     > https://goo.gl/maps/Rv1869L9kSD2


Kereta Sewa Seremban 2

019 348 4000

Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24 jam)


Wednesday, April 5, 2017

Pemasangan Sepanduk Kereta Sewa Klezcar

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Seremban ,


Sepanduk kami dah naik tu.. Siapa ada nampak? 
Penat tau brader ni ke hulu ke hilir pasang sepanduk kalau takde siapa-siapa nampak...



Siapa yang tengah jalan-jalan lepastu ternampak banner kami lepas ni, 
jangan lupa snap gambar macam bawah ni tau..hehe..dari dalam kereta je pun boleh.. 
Tapi pastikan bukan tengah memandu yer. 


Dah snap tu, nak share dengan kami pun boleh, kami sukee :) 
Nak simpan? boleh juga.. mana lah tahu nanti bila-bila nak sewa kereta, dah senang dah. 
Nombor telefon ada kat situ, call jer. 

Nak share dengan kawan yang tengah cari kereta sewa? lagi terbaik ! Hihihi.. 

Kawan-kawan luar Seremban pon boleh sewa dengan Klezcar. 
Dail nombor yang bawah sekali tu, 1300-88-4040 sebab Klezcar ni luas. 

....Ada di mana-mana menghantui anda....

Hehe, taklah, bukan menghantui, 
tapi kami membantu anda tak kira di mana pun di dalam Malaysia. 

Sebab itu lah slogan kami bebunyi Cars For Everyone, Anytime & Anywhere. :D



Kereta Sewa Seremban 2-Klezcar

Whatsapp   | 019-348 4000
Tempahan  | www.klezcar.com
Pertanyaan | 1300-88-4040 (24 jam)





Friday, March 10, 2017

Duit BR1M

DUIT BR1M HANYA CUKUP TUKAR 2 TAYAR JE
.

Masalah ... masalah, kalau la aku tau miliki kereta ni banyak kos tersembunyi. Aku rela menyewa je dari #Klezcar ... seluruh negara dia ada cawangan apa ada hal.
.

Tapi benda dah jadi, tayar kereta aku botak 4 biji depan & belakang. Terpaksalah guna duit BR1M tahun ni.
.

Tapi ... nak tukar depan @ belakang? Ah ...pening betul. Mujur aku tanya kawan aku ... Din Galah. Dia hantar kat aku video ni jadi aku share dengan korang sebab aku dah dapat manfaat.
.

So aku buat keputusan TUKAR 2 TAYAR BELAKANG ... sebab?

✅ Pengendian di selekoh yang lebih baik
✅ Cengkaman tayar bahagian belakang dapat elakkan ke kereta dari berpusing
✅ Kenderaan dapat dikawal dengan lebih berkesan
.

So terima kasih kepada Team Continental ni sebab buat testing & share melalui video untuk panduan kita ... share ye jika bermanfaat 😉

============================

Kereta Sewa Senawang
0197873444
http://klezcarsenawang.wasap.my


Tuesday, February 21, 2017

Bateri Sel Kering atau Sel Basah?

Bateri Sel Kering atau Sel Basah?

Pilihan pengguna samada bateri Sel Kering atau Sel Basah menjadi topik pemilik kenderaan. Mari kita lihat kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis bateri ini.

Bateri Sel Kering

Kelebihan
1. Tidak memerlukan penyelengaraan dalam jangka masa satu tahun.
2. Lebih ringan.

Kekurangan
1. Voltan rendah.


Bateri Sel Basah

Kelebihan
1. Voltan lebih tinggi.
2. Boleh di cas semula.
3. Tahan lama.

Kekurangan
1. Berat dan mahal.
2. Air bateri mungkin tertumpah.
3. Penyelenggaraan berkala.


Jadi, sebagai pengguna kita haruslah bijak memilih bateri yang sesuai dengan kebolehan kita. Bagi pengguna kaum wanita disarankan menggunakan bateri sel kering.

Tempahan secara online 

Semak Harga

Pertanyaan - Hotline

1300 88 4040

Sunday, February 12, 2017

Tip-tip memandu di waktu malam

>>  6 TIPS PEMANDUAN PADA WAKTU MALAM  <<

👉Pastikan lampu dihadapan menyala dan dipasang dengan betul mengikut situasi.

👉 Lampu hadapan mesti diturunkan ke "LOW BEAM" apabila ada kereta lain dari arah hadapan bagi mengelakkan silau kepada pemandu tersebut.




👉 Pastikan cermin kereta sentiasa bersih. 
Cermin yang kotor akan membuat lampu hadapan kereta lain menjadi berpinar-pinar pada pandangan anda. Keadaan ini boleh mengganggu fokus pemanduan anda.




👉 Pandulah dengan kelajuan yang betul. 
Penglihatan anda pada waktu malam akan sedikit terjejas maka penting juga untuk menambah jarak supaya anda dapat memberhentikan kereta dengan selamat.


👉 Waktu malam sememangnya waktu untuk tubuh anda berehat. Memandu dalam keadaan mengantuk adalah sangat berisiko kpd terjadinya kemalangan. Berehat jika anda berasa letih atau mengantuk.

👉 Yang paling penting, pastikan petrol sentiasa mencukupi kerana tidak semua stesen petrol akan dibuka 24 jam.

Ingat ya, memandulah dengan cara selamat !

www.klezcar.com | 1300 88 4040 (24 jam)
sewa kereta seremban | kereta sewa seremban

Wednesday, February 8, 2017

Selamat Bercuti

Assalamualaikum dan selamat petang.

Kereta sewa seremban - Klezcar ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua sempena Perayaan Thaipusam. Jika pulang ke kampung atau mana-mana destinasi, berhati-hatilah ketika memandu.

Ada masalah kenderaan, kereta sudah berusia tidak boleh jalan jauh, kereta sempit untuk bawa keluarga atau sebagainya, kami di Klezcar menawarkan kereta sewa yang selesa, murah, bersih, wangi dan paling penting kenderaan dalam keadaan terbaik dengan penyelengaraan berjadual.

Dapatkan perkhidmatan kereta sewa Seremban di alamat :


NO 55, 1ST FLOOR, JALAN S2 D36, CITY CENTER, SEREMBAN 2, 
70300 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS



Tempahan secara online 
www.klezcar.com

Semak Harga
https://www.klezcar.com/ratesearch.php

Pertanyaan - Hotline
1300 88 4040